Lelaki maut ditikam di Bandar Mahkota Cheras

Foto HIASAN

KAJANG, 20 Julai – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa tiada dokumen pengenalan diri; disahkan meninggal di tempat kejadian.
  • Pemeriksaan awal dan pasukan forensik mendapati kecederaan dipercayai akibat senjata tajam pada tubuh mangsa.
  • Bedah siasat di Hospital Kajang sahkan punca kematian pendarahan abdomen akibat tikaman.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302; polis sedang kenal pasti identiti, saksi, individu berkaitan; hubungi ASP Ong Eng Yew 012-696 6849.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8:40 pagi sebelum sepasukan pegawai polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal bersama pasukan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat senjata tajam pada tubuh mangsa,” katanya.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kajang mengesahkan punca kematian adalah akibat pendarahan pada bahagian abdomen akibat kesan tikaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti mangsa, mengesan saksi serta individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu,” jelas beliau.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.