Dana khas, insentif cukai dipertimbang tangani haiwan terbiar

Isu melibatkan haiwan peliharaan tidak boleh diselesaikan secara bersendirian dan memerlukan penglibatan semua pihak

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Cadangan dana khas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pusat perlindungan haiwan terbiar sedia dipertimbang kerajaan bagi memperkasa pengurusan kebajikan haiwan terbiar serta meringankan beban pemilik haiwan peliharaan di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • NGO dan pusat perlindungan bergantung kepada usaha sukarela dan dana sendiri untuk urus dan selamatkan haiwan terbiar.
  • Kebolehan memohon mengikut SOP dan mempelajari kaedah pengurusan haiwan perlu diperkasakan.
  • Isu haiwan peliharaan tidak boleh diselesaikan sendirian, memerlukan penglibatan semua pihak.
  • Semua cadangan dan penambahbaikan undang-undang akan dirumuskan dalam kertas cadangan rasmi sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin memaklumkan ketiadaan peruntukan khas mengakibatkan kebanyakan NGO serta pusat perlindungan haiwan terpaksa bergerak secara sukarela dan menggunakan dana sendiri untuk mengurus dan menyelamatkan haiwan terbiar.

“Dengan adanya dana khas, mereka boleh memohon mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan boleh mempelajari kaedah untuk mengurus haiwan berkenaan,” katanya selepas Majlis Dialog Bersama Agensi, NGO dan Pemain Industri Haiwan Peliharaan (Kucing dan Anjing) Malaysia.

Beliau dalam masa sama mengakui, isu melibatkan haiwan peliharaan tidak boleh diselesaikan secara bersendirian dan memerlukan penglibatan semua pihak.

Beliau turut memberi jaminan semua cadangan serta penambahbaikan undang-undang hasil majlis dialog itu bakal dirumuskan dalam kertas cadangan rasmi sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.