TEL AVIV, 2 Oktober- Sekurang-kurangnya enam orang mati dalam serangan bersenjata dan tikaman di hab komersial Israel, Tel Aviv, semalam.
Serangan itu berlaku sejurus sebelum Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu ke arah sasaran di sekitar Tel Aviv.
"Enam orang mati dalam serangan ini, manakala sembilan lagi cedera dengan pelbagai tahap kecederaan,” menurut kenyataan polis.
Serangan bermula di rangkaian rel ringan di bandar tersebut. Kedua-dua suspek didakwa telah "dineutralkan" oleh polis serta orang awam yang bersenjata di lokasi kejadian.
Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa orang terbaring di jalan raya selepas serangan itu.
Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. -AFP
BERITA BERKAITAN