KATHMANDU, 8 Oktober- Lima pendaki Rusia terkorban semasa mendaki di Gunung Dhaulagiri, kata seorang pegawai pelancongan hari ini.
Rakesh Gurung dari Jabatan Pelancongan Nepal menyatakan bahawa kesemua mangsa gagal dikesan sejak Ahad lalu ketika cuba mendaki puncak gunung Himalaya setinggi 8,167 meter itu.
"Lima mayat telah ditemukan oleh pasukan penyelamat di gunung ketujuh tertinggi di dunia itu.
"Mereka terjatuh dari ketinggian 7,700 meter," kata Gurung kepada AFP.
Tambahnya, seorang pendaki yang menarik diri daripada percubaan ke puncak tersebut telah diselamatkan dan dimasukkan ke hospital di ibu negara, Kathmandu.
Ratusan pendaki dari seluruh dunia mengunjungi Himalaya setiap tahun untuk pendakian musim luruh di Nepal. - AFP