BEIRUT, 27 Disember- Seorang pejuang Hizbullah dan dua orang lagi terkorban dalam serangan udara Israel ke atas bandar di sempadan, selatan Lubnan.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ali Bazzi, abangnya Ibrahim dan isterinya Shourouk Hammoud.
Agensi berita Lubnan melaporkan pesawat Israel menyasarkan sebuah rumah di tengah bandar Bint Jbeil, kira-kira dua kilometer dari sempadan dan membunuh seorang lelaki dan abangnya serta isteri.
"Ibrahim Bazzi dari Ausralia telah datang ke Lubnan beberapa hari lalu, mereka tinggal di Australia selama beberapa tahun, seorang lagi ahli keluarga cedera", menurut laporan itu.
Sementara itu, Hizbullah mengumumkan bahawa Ali Bazzi adalah salah seorang pejuangnya.
Sempadan antara Lubnan dan Israel menyaksikan situasi berbalas tembakan terutamanya antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hizbullah, sejak konflik Israel-Hamas pada awal Oktober lalu.
Israel telah mendesak agar Hizbullah berundur ke utara Sungai Litani, yang terletak kira-kira 30 kilometer (20 batu) di utara sempadan.
Lebih 150 orang terbunuh di Lubnan, kebanyakannya adalah pejuang Hizbullah dan berpuluh-puluh orang awam termasuk tiga orang wartawan.-AFP