fb fb fb fb fb

PBB digesa campur tangan konflik Gaza

Foto AFP

RAMALLAH, 31 Oktober- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan badan antarabangsa digesa campur tangan menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim zionis terhadap orang awam Palestin.

Memetik laporan agensi WAFA, Kementerian Luar Negeri Gaza berkata ketiadaan kuasa antarabangsa yang menjamin penguatkuasaan undang-undang dan mewajibkan pelaku jenayah menghentikan konflik di Gaza itu akan menjadikan permintaan tersebut sebagai satu rayuan dan mengemis.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya semua bentuk hasutan oleh Israel dan pelbagai propaganda yang cuba memburukkan rakyat Palestin.

"Israel mempunyai mentaliti seorang penjajah yang tidak mempunyai hak, politik, sivil atau kemanusiaan.

"Israel tidak berperikemanusiaan dan terus mengambil hak rakyat Palestin," katanya.

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, Hospital Al-Shifa berdepan kekurangan ubat
Malaysia-Singapura sepakat sokong gencatan senjata di Gaza
Lebih 30 trak bantuan memasuki Gaza
Bantuan ke Gaza, Hamas gesa tindakan 'tegas' Mesir
Seluruh dunia berarak menentang pengeboman Israel ke atas Gaza

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM