RAMALLAH, 31 Oktober- Seramai 8,382 rakyat Palestin terkorban manakala lebih 23,000 lagi cedera dalam serangan rejim zionis terhadap Gaza dan Tebing Barat, setakat Isnin.
Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan 8,260 rakyat Palestin terbunuh di Gaza manakala lebih 21,000 lagi cedera.
Seramai 122 orang terkorban manakala kira-kira 2,050 penduduk lagi cedera di Tebing Barat.
Katanya, 73 peratus mereka yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Ia adalah angka kematian tertinggi sejak Israel berundur dari wilayah itu pada tahun 2005.