fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjata tahan tebusan sembunyi dalam pejabat pos

FOTO REUTERS

TOKYO, 31 Oktober- Seorang lelaki yang disyaki bersenjata telah menjadikan orang awam sebagai tebusan di dalam sebuah pejabat pos di Jepun, kata pihak berkuasa pada hari Selasa.

"Kira-kira pukul 2.15 petang hari ini, seseorang telah menahan tebusan dan bersembunyi di sebuah pejabat pos di kawasan Chuo 5 di bandar Warabi dan pelakunya memiliki apa yang kelihatan seperti pistol," kata pihak berkuasa bandar itu di laman web mereka.

Kejadian itu berlaku ketika polis menyiasat insiden tembakan di wilayah yang sama pada hari yang sama.

Dua orang cedera ringan dalam kejadian itu, tetapi tidak jelas bagaimana mereka cedera.

Imej di televisyen menunjukkan lelaki itu berada di dalam pejabat pos dengan memakai topi besbol dan jaket putih, turut kelihatan, sepucuk pistol yang dipasang pada tali di lehernya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE