fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, Hospital Al-Shifa berdepan kekurangan ubat

Foto REUTERS

GAZA, 31 Oktober- Unit rawatan rapi neonatal di Hospital Al-Shifa di Gaza berdepan 'malapetaka besar' selepas kekurangan ubat untuk merawat pesakit.

Menurut Ketua Jabatan Hospital Al-Shifa, Doktor Nasser Bulbul, jabatan itu hanya beroperasi dengan hanya 10 ventilator.

"Kami kekurangan ubat asas yang teruk termasuk antibiotik.

"Kami menyeru semua pihak menghantar bekalan perubatan yang diperlukan untuk jabatan kritikal ini. Jika tidak kami akan menghadapi masalah besar.

"Jabatan ini mempunyai 55 orang bayi, kita juga akan kehilangan kesemua mereka yang memerlukan elektrik, jika bekalan itu putus," kata Nasser.

Beberapa anggota pasukan Nasser dipaksa bekerja di hospital lain di kawasan selatan Gaza akibat serangan Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa serangan udara dan peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 8,000 rakyat Palestin, termasuk ratusan kanak-kanak, manakala lebih sejuta penduduk wilayah itu telah kehilangan tempat tinggal. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Bantuan ke Gaza, Hamas gesa tindakan 'tegas' Mesir
30 hospital, pusat kesihatan di Gaza berhenti operasi
Lebih 3,500 kanak-kanak jadi korban di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM