ACAPULCO, 31 Oktober- Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh termasuk tiga warga asing selepas Taufan Otis melanda Acapulco, Mexico minggu lalu.
Gabenor Negeri Selatan Guerrero, Evelyn Salgado berkata tiga mangsa warga asing itu dari Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.
"Kesemua warga asing itu menetap di Acapulco. 47 mangsa lagi tidak dapat dikesan," kat Salgado kepada AFP.
Jumlah kematian terbaru yang diumum Salgado lebih rendah berbanding 48 kematian yang dilapor kerajaan negara itu, Ahad lalu.
Menurut Kementerian Luar Mexico, 263 warga asing berada di Acapulco ketika Otis membadai pantai berkenaan pada Rabu lalu.
"Beribu-ribu liter air dan bekalan makanan telah diagihkan di bandar peranginan itu, yang menempatkan 780,000 orang.
"Ribuan askar turut dikerahkan ke tempat kejadian sebagai sebahagian daripada usaha bantuan," kata Kementerian Luar Mexico menerusi kenyataan.
Sementara itu, Presiden Mexico berjanji akan membangunkan semula bandar tepi pantai yang musnah.
Taufan berkenaan merosakkan atau memusnahkan banyak bangunan serta menyebabkan bekalan elektrik dan komunikasi terputus. - AFP