fb fb fb fb fb

Tentera Israel usir keluar penduduk Palestin dari Tebing Barat

Foto AFP

TAYBEH, 31 Oktober- Tentera Israel telah menghalau keluar ratusan penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan Badwi Wadi al-Seeq di Tebing Barat.

Menurut Ketua Kampung, Abu Bashar,  200 penduduk melarikan diri dengan berjalan kaki bersama haiwan peliharaan mereka seperti biri-biri dan kambing.

"Tentera Israel telah menghalau kami dari perkampungan berkenaan. Kesemua mereka yang membawa senjata, memberikan kami tempoh satu jam untuk meninggalkan perkampungan tersebut," kata Abu Bashar kepada AFP di sini.

Tentera Israel enggan mengeluarkan komen mengenai pengusiran itu walaupun didesak oleh AFP.

Tindakan kejam Israel yang melakukan serangan terhadap Palestin baru-baru ini menyebabkan ribuan orang awam terkorban.

Di Gaza sahaja, lebih 8,000 orang terkorban termasuk kanak-kanak. - AFP

Artikel Berkaitan:
Halang bantuan ke Gaza boleh jadi satu jenayah - Pendakwa ICC
Lebih 30 trak bantuan memasuki Gaza
'Halangan Israel' menghalang penghantaran bantuan ke Gaza
Lebih 3,500 kanak-kanak jadi korban di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM