BAITULMAQDIS, 28 Oktober- Lebih 3,500 kanak-kanak menjadi korban dalam serangan rejim zionis ke atas bumi Gaza, sejak 7 Oktober lalu.
Data terbaharu oleh Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan sekurang-kurangnya 7,703 orang terbunuh terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua dalam konflik itu, setakat ini.
Ia adalah angka kematian tertinggi sejak Israel berundur dari wilayah itu pada tahun 2005.
Petang semalam, zionis meningkatkan pengeboman di Semenanjung Gaza yang memusnahkan ratusan bangunan dan ribuan kediaman penduduk. -AFP