fb fb fb fb fb

Tentera China dakwa bot Filipina memasuki kepulauan Scarborough secara haram

Foto Reuters

BEIJING, 30 Oktober - Tentera China berkata pada Isnin sebuah bot Filipina memasuki perairan berhampiran kepulauan Scarborough secara haram dan tanpa kebenaran negara berkenaan.

Kerajaan China menggesa agar Filipina segera menghentikan tindakan provokasi.

Sebelum ini, China dan Filipina telah terlibat dalam beberapa konfrontasi di perairan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

"Kami menggesa pihak Filipina untuk segera menghentikan pelanggaran dan provokasi bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan," kata jurucakap Komando Tentera Pembebasan Rakyat China, Kolonel Kanan, Tian Junli.

“Tindakan Filipina secara serius telah melanggar kedaulatan China dan undang-undang antarabangsa,” tambah Tian.

Tian berkata China menahan, memantau dan memberi amaran sekali gus menyekat kapal itu berdasarkan undang-undang.

Kepulauan Scarborough dituntut oleh China, Filipina dan Taiwan.

Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk sebahagian daripada zon ekonomi eksklusif Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Ini telah menyebabkan pergeseran maritim dan pertikaian wilayah yang semakin meningkat.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN