fb fb fb fb fb

Kemalangan kereta api di India, angka kematian cecah 13 orang

Foto Reuters

NEW DELHI, 30 Oktober - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 50 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di tenggara India.

Menurut media tempatan, nahas berlaku selepas salah sebuah kereta api penumpang berkenaan tersalah menghantar isyarat dan telah mengakibatkan perlanggaran di antara bandar Alamanda dan Kantakapalle di Andhra Pradesh.

Siasatan awal mendapati "kesilapan manusia" telah menyebabkan perlanggaran itu, kata Suruhanjaya Keselamatan Kereta Api India (CRS) dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi nahas untuk kerja-kerja membersih serta mencari dan menyelamat.

Susulan nahas berkenaan, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Beliau turut memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang diperlukan.

India mempunyai salah satu rangkaian rel terbesar di dunia dan mengalami beberapa bencana sejak beberapa tahun lalu.

Tahun 1981 mencatatkan tragedi terburuk di India apabila sebuah kereta api tergelincir semasa menyeberangi jambatan di negeri Bihar dan terjunam ke dalam sungai, mengorbankan kira-kira 800 orang.

Pada Jun lalu, perlanggaran tiga buah kereta api membunuh hampir 300 orang di Odisha.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN