San Francisco, 30 Januari- Syarikat neuroteknologi, Neuralink milik bilionair Amerika Syarikat, Elon Musk telah memasang implan otak pada pesakit pertamanya.
Kejayaan itu diumumkan oleh Neuralink hari ini sambil memberitahu usaha tersebut menghasilkan dapatan awal yang memuaskan.
Neuralink diasaskan oleh Musk pada 2016 bertujuan untuk membina saluran komunikasi langsung antara otak dan komputer.
Cita-citanya adalah untuk meningkatkan keupayaan manusia, merawat gangguan saraf seperti sklerosis lateral amiotrofik (ALS) atau parkinson, dan mungkin suatu hari nanti mencapai hubungan simbiotik antara manusia dan kecerdasan buatan (AI).
"Manusia pertama menerima implan daripada Neuralink semalam dan pulih dengan baik.
"Keputusan awal menunjukkan pengesanan pancang neuron yang menjanjikan (positif)," kata Musk pada platform X. -AFP