Lori treler bawa muatan sisa buangan binaan terbakar di LATAR

Keadaan lori treler yang terbakar dalam kejadian di lebuhraya LATAR malam tadi – Foto RTM

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sebuah lori treler 40 kaki yang membawa muatan sisa buangan binaan bangunan terbakar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) menghala ke Bandar Tasik Putri berhampiran susur keluar Batu Arang, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.08 malam.
  • Anggota BBP Batu Arang dengan bantuan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi.
  • Jentera bomba tiba kira-kira 12 minit kemudian, lori terbakar sekitar 80 peratus dan pemandu sempat menyelamatkan diri.
  • Kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dengan bantuan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba kira-kira 12 minit kemudian dan mendapati sebuah lori treler terbakar kira-kira 80 peratus.

Pemandu lori dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan meninggalkan kenderaan sebelum api marak. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin lori sebelum merebak ke keseluruhan kenderaan.

Seramai tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Water Tanker (WT) digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.