fb fb fb fb fb

Misteri bau busuk, rupanya bangkai ular sawa dalam enjin kereta

FOTO REUTERS

SURAT THANI, 2 Mac- Misteri bau busuk dalam sebuah kereta terungkai apabila bangkai seekor ular sawa ditemukan dalam enjin kenderaan tersebut.

Insiden berlaku di wilayah sini, Thailand pada 24 Februari lalu.

Dalam kejadian itu, pemiliknya dikenali sebagai Kanyarat terpaksa membawa kenderaan berkenaan ke sebuah bengkel untuk diperiksa kerana bingung dengan bau asap yang busuk.

Setelah diperiksa, mekanik yang membuka bonet terkejut apabila melihat reptilia terbabit.

Rakaman menunjukkan ia ditarik keluar dari bahagian bawah kereta dengan kelihatan beberapa individu menutup hidung dan kedengaran bunyi batuk dipercayai tidak tahan dengan bau bangkai berkenaan. -Reuters

0203 BD BANGKAI ULAR SAWA 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA