Angka kematian meningkat kepada 24, operasi menyelamat berakhir di Darnytsky

Foto AFP

KIEV, 15 Mei – Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko mengisytiharkan hari berkabung pada Jumaat bagi memperingati individu yang terkorban di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Angka kematian serangan meningkat kepada 24 orang termasuk tiga kanak-kanak.
  • Operasi mencari dan menyelamat tamat selepas lebih 28 jam, menurut Perkhidmatan Kecemasan Negara.
  • 47 orang cedera termasuk dua kanak-kanak; 30 orang diselamatkan dari bawah runtuhan.
  • Unit kecemasan beralih ke pemulihan; 3,180 meter padu serpihan dialihkan dan bantuan psikologi diberikan kepada 398 orang.

Klitschko menyifatkan ia sebagai salah satu serangan udara terbesar ke atas ibu negara sejak permulaan perang.

Setakat ini, angka kematian akibat serangan Rusia di Kiev meningkat kepada 24 orang, termasuk tiga kanak-kanak.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine, pasukan penyelamat menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang telah berlangsung selama lebih 28 jam.

“Seramai 47 orang lagi cedera di Kiev termasuk dua kanak-kanak dan 30 orang telah diselamatkan dari bawah runtuhan,” jelas perkhidmatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko berkata di Telegram bahawa operasi menyelamat di daerah Darnytskyi telah berakhir.

“Unit kecemasan beralih kepada kerja pemulihan dan pembinaan semula. Pasukan penyelamat mengalihkan lebih 3,180 meter padu serpihan semasa operasi, manakala bantuan psikologi diberikan kepada 398 orang,” kata Klymenko.- REUTERS