Ugut peminjam : 35 individu ditahan

Operasi bersepadu bersama Polis Singapura siasat kegiatan sindiket/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Mei – 35 individu dipercayai terbabit kegiatan sindiket peminjam wang haram di Singapura, ditahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sindiket guna penghantar makanan tempatan untuk mengganggu peminjam yang ingkar.
  • Suspek termasuk penghantar makanan dan individu yang membenarkan akaun bank dijadikan keldai.
  • Operasi bersepadu bersama pihak berkuasa Singapura dijalankan bagi menyiasat dan membanteras kegiatan.
  • Sindiket didakwa menghantar barangan termasuk produk babi kepada peminjam Islam sebagai satu bentuk ugutan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mendedahkan, sindiket berkenaan menggunakan penghantar makanan warga tempatan bagi mengganggu peminjam yang ingkar.

“Suspek merupakan warga tempatan termasuk yang bekerja sebagai penghantar makanan serta yang membenarkan akaun bank dijadikan keldai akaun.

“Operasi bersepadu bersama pihak berkuasa Singapura dilaksana bertujuan menyiasat serta membanteras kegiatan berkenaan,”katanya dalam sidang media.

Sebelum ini, media melaporkan sindiket terbabit didakwa menggunakan penghantar barangan warga Malaysia untuk menghantar barangan tertentu termasuk produk babi kepada peminjam beragama Islam di Singapura yang tidak membayar pinjaman sebagai ugutan.