Rakyat terima manfaat pelaksanaan RMK13

Pemantauan diperkukuh agar tiada kelewatan, ketirisan mahupun masalah pelaksanaan/Foto FB Anwar Ibrahim

SEREMBAN, 15 Mei – Setiap projek serta program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), mesti memberi manfaat dan dirasai rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan fokus pada pendidikan, tebatan banjir, infrastruktur, kesihatan dan pengukuhan sosioekonomi.
  • Keutamaan memastikan perancangan diterjemah kepada tindakan berkesan untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
  • Kerajaan MADANI menyelaras usaha merentas kementerian dan agensi bagi pelaksanaan lebih cekap.
  • Pemantauan diperkukuh supaya tiada kelewatan, ketirisan atau masalah pelaksanaan.

Perkara berkenaan, ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban, yang meneliti status pelaksanaan program serta projek di bawah RMK13.

“Perbincangan memberi fokus termasuk pendidikan, tebatan banjir, infrastruktur, kesihatan serta pengukuhan sosioekonomi.

“Keutamaan dengan memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

“Kerajaan MADANI terus menyelaras seluruh ikhtiar merentas kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan lebih cekap,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Datuk Seri Anwar, pemantauan turut diperkukuh agar tiada kelewatan, ketirisan mahupun masalah pelaksanaan.

Mesyuarat turut disertai Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.