fb fb fb fb fb

Lori rempuh perarakan Easter di Nigeria, 5 maut

Sebuah lori yang membawa muatan bijirin merempuh perarakan sambutan Easter di negeri Gombe, menyebabkan lima orang maut dibakar oleh orang awam yang marah

KANO, 22 April-  Sebuah lori yang membawa muatan bijirin merempuh perarakan sambutan Easter di negeri Gombe, utara Nigeria pada Isnin, mengorbankan lima orang dan mencederakan lapan lagi, menurut pihak polis.

Jurucakap polis negeri Gombe, Buhari Abdullahi berkata dalam kenyataan bahawa insiden berlaku di bandar majoriti Kristian, Billiri, apabila lori tersebut hilang kawalan akibat kegagalan brek dan merempuh kumpulan peserta perarakan di tepi lebuh raya.

“Malangnya, lima individu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala lapan lagi sedang dirawat,” katanya.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan sekumpulan pemuda tempatan yang bertindak merusuh mereka membakar lori tersebut dan menjarah beberapa kedai di sepanjang jalan antara Billiri dan ibu negeri, yang terletak kira-kira 65 kilometer jauhnya.

Penunjuk perasaan turut berarak ke ibu pejabat polis dan membaling batu ke arah anggota polis, menyebabkan beberapa anggota cedera, kata Abdullahi. Polis telah menahan lapan individu susulan insiden itu.

Perarakan keagamaan di jalan raya adalah perkara biasa di Nigeria, negara yang amat beragama dengan lebih 200 juta penduduk yang terbahagi secara hampir sama antara penduduk Islam di utara dan Kristian di selatan.

Insiden kemalangan semasa perarakan agama bukanlah luar biasa. Pada 2019, lapan kanak-kanak terbunuh dan lebih 30 cedera apabila seorang anggota polis yang tidak bertugas melanggar perarakan Easter di Gombe. Pegawai polis tersebut dan rakannya dibunuh oleh orang awam yang marah, dan kenderaan mereka dibakar.

Pada Disember 2016, sekurang-kurangnya 13 pelajar sekolah agama Islam maut apabila sebuah bas terbabas dan melanggar perarakan Maulidur Rasul di sebuah kampung kira-kira 20 kilometer dari bandar Gombe.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE