fb fb fb fb fb

Lagi remaja Palestine maut di Tebing Barat


(FOTO REUTERS)

RAMALLAH, 23 Februari- Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin pada Selasa lalu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Remaja itu, Mohammed Shehade, 14, maut selepas terkena tembakan di Al-Khader di kawasan Baitulaham.

Tentera Israel dalam kenyataannya mengesahkan kematian remaja berkenaan.

"Anggota tentera melepaskan tembakan ke arah seorang daripada tiga suspek yang membaling bom molotov ke arah kenderaan dan tembakan itu kena pada suspek," menurut kenyataan itu.

Korban terbaharu berlaku selepas tentera Israel menembak mati seorang lagi remaja Palestin, Nehad Bargouthi, 19, di Tebing Barat seminggu lalu.

Dua hari sebelum itu juga, seorang lagi remaja berusia 17 tahun, Mohammed Abu Salah, telah ditembak selepas perbalahan yang berlaku ketika tentera Israel memusnahkan sebuah kediaman rakyat Palestin yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penduduk Yahudi di Tebing Barat. -AFP

Media Baharu