fb fb fb fb fb

Korban gempa bumi Turkiye, Syria kini melebihi 50,000 orang

(FOTO AFP)

ISTANBUL, 28 Februari - Korban akibat bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria kini melebihi 50,000 orang.

Menurut Pihak Berkuasa Bencana dan Pengurusan Kecemasan (AFAD), kematian di Turkiye sahaja meningkat kepada 44,218 orang.

Di Syria pula, angka kematian terkini mencecah 5,914 orang menjadikan jumlah kematian di kedua-dua negara melebihi 50,000 orang.

Sementara itu, lebih 200 individu diberkas untuk siasatan di Turkiye.

(Foto AFP)

200 individu ditahan kerana terlibat dalam pembinaan bangunan tidak mengikut spesifikasi hingga menyebabkan puluhan ribu bangunan ranap selepas berlakunya gempa bumi dahsyat.

Ia sebahagian daripada kira-kira 620 suspek yang dikenal pasti.

Dua gempa bumi besar yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu, menyebabkan kerosakan fizikal langsung bernilai kira-kira RM159 bilion. -REUTERS

Media Baharu