fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, OIC kutuk kenyataan Menteri Israel

Foto AFP

JEDDAH, 6 November- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kenyataan biadab Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu yang mencadangkan bom nuklear dijatuhkan di Gaza.

Memetik kenyataan Agensi Berita Palestin WAFA, OIC membidas kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai lanjutan daripada ideologi pengganas.

"Masyarakat antarabangsa digesa mengutuk tindakan Israel itu dan mengambil langkah berkesan untuk menghentikan pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

"Kenyataan itu juga berunsur hasutan untuk membunuh dan melakukan jenayah perang, sebagai tambahan kepada jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.

"Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, konvensyen dan resolusi antarabangsa," kata OIC.

Artikel Berkaitan:
Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan Menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Perancis hantar tiga pesawat bantuan ke Gaza
Konflik Gaza: Jordan jatuhkan bantuan perubatan dari udara
Talian internet, telefon terputus lagi di Gaza
Hospital Gaza kekurangan bekalan perubatan
15 maut, lebih 70 cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza
12 terbunuh, Israel serang sekolah PBB Gaza
Malaysia kutuk serangan kejam ke atas Kem Jabalia di Gaza
Bantuan rakyat Malaysia untuk Gaza tiba di Mesir


 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM