fb fb fb fb fb

Hospital Gaza kekurangan bekalan perubatan

Foto AFP

RAMALLAH, 5 November- Penduduk cedera di Gaza berisiko mati kerana kekurangan bekalan perubatan yang teruk dan bahan api untuk kekal memastikan hospital beroperasi.

Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila berkata serangan Israel ke atas sektor penjagaan kesihatan di Gaza telah mengakibatkan kematian lebih 150 kakitangan perubatan.

"Sebanyak 27 ambulans telah musnah dan 16 hospital serta 32 pusat penjagaan kesihatan tidak lagi beroperasi.

"Pengeboman berterusan Israel di hospital di Gaza memaksa kakitangan perubatan meninggalkan pesakit mereka.

"Israel cuba menghalang rawatan pesakit di hospital dan cuba mengebom konvoi perubatan ke Mesir," kata Alkaila.

Alkaila merayu masyarakat antarabangsa untuk segera membekalkan bekalan perubatan dan bahan api di hospital di Gaza bagi menyelamatkan nyawa pesakit terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM