HEBRON, 5 November- Seorang pemuda Palestin dibunuh manakala abangnya cedera selepas diserang rejim zionis di barat laut Hebron di Tebing Barat, hari ini.
Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, ketika insiden penjajah Israel itu menyerbu bandar Nuba dan melepaskan peluru hidup serta gas pemedih mata ke arah penduduk tempatan.
Mangsa, Ahmed Habes Dababsa berusia 22 tahun maut di lokasi insiden dan abangnya, Mahmoud telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Awal hari ini, rejim zionis telah membunuh tiga rakyat Palestin, kesemuanya berusia 20an di bandar Abu Dis.