fb fb fb fb fb

Pegawai perubatan Palestin cedera dalam serangan Israel

Foto AFP

BEIRUT, 5 November- Empat pegawai perubatan di Palestin mengalami kecederaan selepas cedera dalam serangan rejim zionis.

Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, rejim zionis menyasarkan ambulans yang beroperasi di antara kampung Tayr Harfa dan Wadi al-Dabea.

Menerusi tembakan artileri, rejim zionis melakukan serangan di beberapa kawasan termasuk Bandar Marwahin, Kampung Marwahim, Dhayra dan Alma Al-Sha'ab.

Perkembangan terkini itu adalah sebahagian daripada keganasan berterusan Israel yang menyasarkan kawasan berpenduduk Palestin.

Artikel Berkaitan:
Tentera Israel bunuh pemuda Palestin di Tebing Barat
Hospital Gaza kekurangan bekalan perubatan
12 terbunuh, Israel serang sekolah PBB Gaza


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM