fb fb fb fb fb

15 lagi mayat warga Palestin dipulangkan Israel

97 mayat telah dikenal pasti / Foto AFP

GAZA CITY, 15 November - Kementerian Kesihatan mengesahkan telah menerima 15 lagi mayat warga Palestin pada Jumaat sebagai sebahagian perjanjian damai Hamas-Israel.

Penerimaan kesemua 15 mayat berkenaan, menjadikan angka keseluruhan mayat yang diterima adalah 330.

Setakat ini juga, 97 mayat telah dikenal pasti.

Penyerahan 15 mayat berkenaan sebagai pertukaran mayat tebusan Israel, Meny Godard, 73 tahun.

Sementara itu, Hospital Nasser turut mengesahkan telah menerima kesemua 15 mayat rakyat Palestin.

Sejak pemeteraian gencatan senjata, 48 rakyat Israel telah dipulangkan Hamas termasuk 20 yang masih hidup.

Sebagai pertukaran, hampir 2,000 tahanan Palestin dibebaskan Zionis dan ratusan mayat rakyat Palestin yang terkorban, dipulangkan.- AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN