fb fb fb fb fb

12 terbunuh, Israel serang sekolah PBB Gaza

FOTO REUTERS

PALESTIN, 4 November- Sekurang-kurangnya 12 orang telah terbunuh apabila Israel menyerang sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadikan tempat perlindungan beribu-ribu penduduk Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan dalam satu kenyataan "12 orang terkorban dan lebih daripada 54 cedera setakat ini akibat serangan yang menyasarkan sekolah Al-Fakhura, yang melindungi ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal di kem Jabalia (pelarian) di utara Semenanjung Gaza".

Pun begitu, pihak Israel tidak mengeluarkan sebarang komen.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE