fb fb fb fb fb

11 maut akibat tanah runtuh

12 yang lain masih hilang / Foto AFP

JAKARTA, 15 November - Sekurang-kurangnya 11 terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang melanda tiga kampung di Jawa Tengah.

Pasukan penyelamat kini sedang giat mencari 12 individu lain yang dilapor masih hilang.

Tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat telah menimbus beberapa rumah dan merosakkan kediaman yang lain.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Muhammad Abdullah ketika memaklumkan kepada AFP berkata lebih 700 anggota termasuk pasukan tentera, polis serta sukarelawan terlibat dalam operasi itu.

Sebelum ini, jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional Indonesia melaporkan dua mayat telah ditemukan pada Khamis.

Manakala satu mayat pada Jumaat dan 8 lagi pada Sabtu.

Awal bulan ini, banjir kilat dan tanah runtuh di lokasi terpencil di Papua telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang. - AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN