fb fb fb fb fb

Penyampai radio maut ditembak di Filipina

Foto Fail

MANILA, 5 November- Seorang penyampai radio maut ditembak di dalam studionya di Filipina, hari ini.

Ketua Polis Di Perbandaran Calamba, Kapten Deore Ragonio berkata Juan Jumalon, 57 tahun, mangsa terbaharu wartawan yang ditembak di Filipina.

"Ketika kejadian, mangsa berada di stesen radio rumahnya di pulau selatan Mindanao.

"Suspek ke studio, berpura-pura ingin membuat pengumuman ke udara.

"Mangsa ditembak di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," kata Ragonio kepada AFP di sini.

Jumalon adalah wartawan keempat yang dibunuh sejak Presiden Ferdinand Marcos mengambil alih jawatan pada Jun, 2022.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan mengutuk pembunuhan berkenaan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM