PALESTIN, 6 November- Serangan udara rejim zionis menyebabkan sekurang-kurangnya 200 orang terkorban di Semenanjung Gaza, semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah kematian itu hanya meliputi Bandar Gaza dan bahagian utara Semenanjung Gaza.
Tambahnya, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 9,770.
Ia adalah angka kematian tertinggi sejak Israel berundur dari wilayah itu pada tahun 2005. - AFP
Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, OIC kutuk kenyataan Menteri Israel
Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan Menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Netanyahu sombong tolak gencatan senjata, dakwa bakal perhebat operasi di Gaza
Konflik Gaza: Jordan jatuhkan bantuan perubatan dari udara
Israel terus serang sekitar hospital di utara Semenanjung Gaza