fb fb fb fb fb

Konflik di Gaza perlu dihentikan segera - Presiden Iran

Foto AFP

TEHRAN, 6 November- Presiden Iran, Ebrahim Raisi menuduh Amerika Syarikat (AS) bersekongkol dengan Israel untuk membunuh dan melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Menurut Raisi, tindakan Israel mengebom Gaza tanpa henti dan menghantar tentera darat menyebabkan lebih 9,700 orang awam terbunuh termasuk kanak-kanak.

"Bantuan daripada AS kepada rejim zionis (Israel) mendorong mereka untuk membunuh dan melakukan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin.

"Kami menggesa agar pengeboman dihentikan, gencatan senjata mesti diisytiharkan serta-merta dan bantuan perlu diberikan kepada rakyat Gaza yang tertindas.

"Jenayah tidak berperikemanusiaan itu dilakukan rejim zionis dengan sokongan AS dan negara Eropah tertentu," kata Raisi kepada pemberita di sini. - AFP

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, 200 orang terkorban akibat serangan terbaharu Israel
Konflik Gaza, OIC kutuk kenyataan Menteri Israel
Talian internet, telefon terputus lagi di Gaza
Netanyahu sombong tolak gencatan senjata, dakwa bakal perhebat operasi di Gaza
Hospital Gaza kekurangan bekalan perubatan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM