fb fb fb fb fb

Talian internet, telefon terputus lagi di Gaza

Tidak lama selepas pemotongan itu, tentera Israel melancarkan pengeboman dahsyat ke atas bandar Gaza dan zon berdekatan lain di utara/ AFP

GAZA, 6 November- Israel memotong talian internet dan telefon di Semenanjung Gaza malam tadi, buat kali ketiga sejak bermulanya perang Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu, kata firma telekomunikasi Paltel.

“Kami kesal untuk mengumumkan komunikasi dan perkhidmatan internet di Gaza lumpuh sepenuhnya selepas pihak Israel memutuskan sambungannya,” kata Paltel dalam satu kenyataan.

Tidak lama selepas itu, tentera Israel melancarkan pengeboman dahsyat ke atas bandar Gaza dan zon berdekatan lain di utara.

Letupan itu begitu kuat sehingga boleh didengari di Rafah di bahagian selatan wilayah Palestin, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI