GAZA, 6 November - Tentera Israel meneruskan tembakan di sekitar beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza dan semua perkhidmatan komunikasi dan internet sekali lagi terputus.
“Selama lebih sejam, pengeboman kuat telah berlaku di sekitar hospital,” kata ketua pejabat media kerajaan Hamas, Salama Maarouf.
Seperti yang dilaporkan portal Al Jazeera, Maarouf berkata" Kawasan hospital terbesar wilayah Palestin, Al Shifa menyaksikan serangan yang sangat berat.
Safwat Kahlout Al Jazeeram dari Deir Al Balah di tengah Gaza juga berkata serangan paling hebat pada hari Ahad berlaku di kawasan sekitar hospital.
“Kami dapat memahami bahawa serangan udara ini bertujuan untuk membawa tentera Israel mengelilingi Kota Gaza ke arah Hospital Al Shifa. Kami tahu bahawa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka di kawasan kejiranan ini menuju ke hospital mencari perlindungan,” katanya.
"Yang menunjukkan bahawa tentera Israel sedang merancang sesuatu yang besar, mungkin dalam beberapa jam akan datang atau dalam beberapa hari akan datang menghala ke Hospital Al Shifa itu sendiri."
Terdahulu pada Ahad, serangan Israel berhampiran Hospital Al Quds di Bandar Gaza mencederakan sekurang-kurangnya 14 orang dan memusnahkan bangunan itu.
Pengeboman itu berlaku selepas tentera Israel sekali lagi menuduh Hamas menggunakan hospital dalam kempen ketenteraan mereka terhadap rejim Israel.- Agensi