fb fb fb fb fb

Konflik Gaza: Jordan jatuhkan bantuan perubatan dari udara

Hantaran Raja Abdullah II pada X, berhubung penghantaran bantuan perubatan oleh tentera udara ke Gaza

AMMAN, 6 November- Tentera Udara Jordan menghantar bantuan perubatan dan farmaseutikal segera ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza, umum Raja Abdullah II pada Isnin.

"Kru Tentera Udara kami menjatuhkan bantuan perubatan segera ke hospital lapangan Jordan di Gaza dari udara pada tengah malam," kata Raja Abdullah dalam satu hantaran di X.

“Ini adalah kewajipan untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” tambahnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 9,770.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE