fb fb fb fb fb

Tentera Israel tahan lebih 2,000 rakyat Palestin

Foto WAFA

RAMALLAH, 6 November- Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin termasuk tiga wanita ditahan rejim zionis di dalam serbuan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, Suruhanjaya Tahanan Palestin dan Persatuan Banduan berkata Israel telah menahan 2,150 penduduk Palestin, sejak 7 Oktober lalu.

"Tentera menahan seorang wanita di Ramallah dan seorang lagi dari bandar Dura di daerah Hebron.

"Mereka turut menahan Ahed Tamimi di rumahnya di kampung Nabi Saleh, dekat Ramallah. Tamimi ialah seorang pelajar Universiti Birzeit dan seorang aktivis anti pendudukan yang terkenal," katanya menerusi kenyataan.

Menurut sumber tempatan, pasukan tentera Israel menyerbu sekurang-kurangnya 15 rumah di kedua-dua kawasan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:
Konflik di Gaza perlu dihentikan segera - Presiden Iran
Konflik Gaza, 200 orang terkorban akibat serangan terbaharu Israel
Perancis hantar tiga pesawat bantuan ke Gaza



 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM