fb fb fb fb fb

Banjir: 15 orang maut di Kenya

Foto AFP

NAIROBI, 6 November- Banjir menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang maut di Kenya.

Menurut Palang Merah Kenya di X, hujan lebat menyebabkan banyak rumah terjejas ditenggelami air.

"Sebanyak 15,264 isi rumah telah terjejas, setakat semalam.

"Lebih 1,000 ternakan telah mati dan sekurang-kurangnya 240 ekar (97 hektar) ladang telah musnah," kata Palang Merah Kenya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Kenya memberi amaran bahawa hujan lebat itu berkemungkinan disertai angin kencang. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM