fb fb fb fb fb

Turkiye isytihar Israel sebagai penjenayah perang

Foto REUTERS

ISTANBUL, 6 November- Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan menganggap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pengganas manakala Israel pula adalah penjajah di Asia Barat.

Erdogan berkata Turkiye bersedia mempertahankan Asia barat jika negara barat cuba memulakan pergaduhan antara Kristian dan Islam.

"Turkiye mengisytiharkan Israel sebagai penjenayah perang.

"Turkiye menyokong rakyat Palestin, menyokong penyelesaian dua negara kepada konflik Palestin- Israel yang sudah berdekad lamanya," kata Erdogan ketika bercakap pada perhimpunan pro-Palestin di Istanbul, Sabtu lalu. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Konflik di Gaza perlu dihentikan segera - Presiden Iran
Konflik Gaza, 200 orang terkorban akibat serangan terbaharu Israel
Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan Menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Netanyahu sombong tolak gencatan senjata, dakwa bakal perhebat operasi di Gaza
Konflik Gaza: Jordan jatuhkan bantuan perubatan dari udara

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM