fb fb fb fb fb

UK ketatkan dasar suaka, hapus manfaat automatik pelarian

Perdana Menteri Keir Starmer

LONDON, 15 November - Britain akan mengurangkan perlindungan terhadap pelarian dan menamatkan manfaat automatik kepada pemohon suaka, umum kerajaan Parti Bururh lewat Sabtu, menerusi pelan baharu bagi mengekang imigresen tidak teratur serta menangani tekanan politik daripada kumpulan haluan kanan.

Langkah yang mencontohi sistem suaka ketat Denmark itu diumumkan ketika Perdana Menteri Keir Starmer berdepan peningkatan sokongan kepada parti anti-imigresen Reform UK.

“Mereka yang memohon suaka bukan lagi dapat ‘tiket emas’ di UK,” tegas Menteri Dalam Negeri Shabana Mahmood.

Ketua Majlis Pelarian Britain, Enver Solomon, bagaimanapun memberi amaran bahawa langkah sedemikian tidak akan menghalang cubaan memasuki negara itu, dan menggesa kerajaan menilai semula pendekatan tersebut.

Pada masa ini, penerima status pelarian dilindungi selama lima tahun sebelum boleh memohon tinggal tetap dan seterusnya kewarganegaraan. Namun Home Office berkata tempoh itu akan dipendekkan kepada 30 bulan, dengan semakan berkala.

Pelarian akan diarahkan pulang apabila negara asal mereka dianggap selamat, dan mereka kini perlu menunggu 20 tahun sebelum dibenarkan memohon hak tinggal secara kekal, berbanding lima tahun sebelum ini.

Permohonan suaka di Britain kini berada pada paras tertinggi, iaitu 111,000 permohonan bagi tempoh setahun sehingga Jun 2025.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH