PALESTIN, 3 November- Lebih 9,000 penduduk Palestin terkorban dalam pengeboman Israel, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 195 orang terbunuh dalam serangan Israel di Jabalia awal minggu ini dengan ratusan lagi hilang serta cedera.
"Serangan baharu Israel menggegarkan Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat.
"Sekurang-kurangnya 15 terkorban di kejiranan Zeitun di Gaza dan tujuh lagi di Kem Pelarian Jabalia," kata Kemeterian Kesihatan Gaza kepada AFP di sini.
Ia adalah angka kematian tertinggi sejak Israel berundur dari wilayah itu pada tahun 2005.- AFP
Artikel Berkaitan:
Lebih 20,000 orang cedera masih terperangkap di Gaza - MSF
Penduduk Gaza terputus komunikasi sekali lagi
Konflik Gaza - Israel: Malaysia kecewa tindakan sambil lewa Majlis Keselamatan PBB
Serangan Zionis memasuki hari ke-25, rakyat Gaza terus derita
PBB digesa campur tangan konflik Gaza
Konflik Gaza, Hospital Al-Shifa berdepan kekurangan ubat
Halang bantuan ke Gaza boleh jadi satu jenayah - Pendakwa ICC
30 hospital, pusat kesihatan di Gaza berhenti operasi
Israel guna pelbagai cara halang pemasangan Starlink di Gaza