GAZA, 29 Oktober - Israel akan 'menggunakan pelbagai cara' untuk menghalang sistem komunikasi perkhidmatan Starlink daripada pemasangannya di Gaza.
Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi, berkata pihaknya akan menggunakan segala cara untuk menghalang pemasangan (perkhidmatan internet) itu.
Rejim zionis Israel melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas menuduh penyambungan internet itu hanya membolehkan Hamas meneruskan aktivitinya.
"Musk sepatutnya menyalurkan sokongan dan bantuan untuk pembebasan bayi, anak-anak dan warga emas yang diculik.
"Pejabat saya akan memutuskan sebarang hubungan dengan Starlink," katanya.
Semalam, jutawan Elon Musk menawarkan perkhidmatan satelit Starlink untuk menyambung Internet Gaza, Palestin yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat konflik Hamas-Israel.
Musk berkata, Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa. - REUTERS