fb fb fb fb fb

Bantuan kemanusiaan diperluas ke selatan Gaza hari ini

Trak yang membawa bantuan kemanusiaan daripada NGO melalui lintasan Rafah-Mesir/FOTO REUTERS

GAZA, 29 Oktober - Penyerahan bantuan kemanusiaan di selatan Gaza akan diperluaskan hari ini, namun tentera rejim Israel masih berahsia dan enggan mendedahkan perincian lanjut mengenainya.

Perkara itu dikongsi jurucakap tentera Israel kepada Al Jazeera.

Sejak serangan tanpa henti pada 7 Oktober lalu, sebanyak 87 lori dibenarkan memasuki Gaza melalui pintu sempadan Rafah yang dikawal Mesir

Trak bantuan kemanusiaan itu membawa air, makanan dan ubat-ubatan meskipun bantuan itu tidak mencukup seperti yang dimaklumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sehingga kini masih belum ada persetujuan yang dicapai untuk membenarkan bantuan bahan api masuk ke Gaza yang menyebabkan kesukaran paling kritikal untuk menyelamatkan nyawa dalam operasi kemanusiaan di sana.

Semalam, Kementerian Luar Mesir berkata "sekatan Israel" punca penghantaran bantuan tidak dapat disalurkan dengan segera melalui lintasan Rafah.

"Trak-trak itu mesti diperiksa di persimpangan Nitzana Israel sebelum mereka menuju ke persimpangan Rafah dalam perjalanan yang mengambil jarak 100km [62 batu].

"Setiap trak akan diperiksa sebelum mereka benar-benar memasuki lintasan Rafah, yang menjadi penghalang sekali gus melambatkan bantuan yang diperlukan" kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan.

GRACE AISYAH KEDAYAN