PRATO, 3 November- Ribut Ciaran yang melanda Itali telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala beberapa orang lagi hilang.
Menurut pihak berkuasa tempatan, dua mangsa terkorban selepas jambatan bandar Pistoia runtuh.
Seorang lagi maut di bandar Rosignano.
Agensi Perlindungan Awam Itali pada Khamis mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di tengah dan selatan Itali.
"Amaran tinggi "kod merah" untuk Veneto dan Friuli Venezia Giulia di utara negara itu. Amaran sederhana "kod oren" untuk sembilan wilayah lain," katanya menerusi kenyataan.
Ribut Ciaran yang menyusuli Ribut Babet dua minggu lalu menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.
Ribut tersebut turut menyebabkan banjir besar di Ireland, Britain, Belgium dan Perancis. - AFP