fb fb fb fb fb

Wartawan Palestin terkorban dalam serangan Israel

Foto REUTERS

PALESTIN, 3 November- Seorang wartawan yang bekerja untuk saluran televisyen Palestin terbunuh pada Khamis dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Menurut Palestine TV, mangsa Mohammed Abu Hatab terkorban bersama ahli keluarganya dalam pengeboman Israel terhadap rumahnya di Khan Yunis.

"Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan tersebut.

"Sejak Israel mengebom wilayah itu, 7 Oktober lalu, ratusan wartawan Palestin terpaksa melarikan diri ke selatan Gaza dan bekerja dalam ketakutan

"Kesatuan wartawan Palestin melaporkan bahawa 27 anggotanya telah terbunuh dalam konflik Gaza itu," kata Palestine TV. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, lebih 9,000 orang terkorban
Lebih 20,000 orang cedera masih terperangkap di Gaza - MSF

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM