fb fb fb fb fb

Serangan Zionis memasuki hari ke-25, rakyat Gaza terus derita

Seorang lelaki Palestin membawa mayat anaknya yang terbunuh dalam serangan Israel, di hospital Shuhada Al-Aqsa di tengah Semenanjung Gaza / REUTERS

RAMALLAH, 31 Oktober- Serangan Israel ke atas Gaza berterusan untuk hari ke-25 berturut-turut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 8,306, termasuk 3,457 kanak-kanak dan 2,136 wanita, manakala lebih 21,000 cedera.

Sementara setakat ini hanya 1,500 warga Israel telah terbunuh dalam konflik tersebut.

Ketika ini seramai 2.3 juta penduduk Gaza bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat sekatan Israel ke atas kawasan tersebut.

Sementara jurucakap tentera Zionis, Daniel Hagari dengan angkuhnya mengumumkan mereka memperluaskan operasi dan bergerak ke "fasa perang seterusnya perang terhadap Hamas," termasuk operasi darat. -REUTERS

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE