fb fb fb fb fb

Pesakit melimpah, pembedahan terpaksa dilakukan di koridor hospital

FOTO REUTERS

BEIT LAHIA, 31 Oktober- Situasi terkini di Gaza semakin meruncing selepas Zionis tanpa belas kasihan menyasarkan serangan di kawasan awam dan hospital.

Hospital Indonesia yang terletak di utara Gaza adalah satu-satunya yang masih beroperasi di kawasan itu.

Di sana, para doktor terpaksa melakukan pembedahan di koridor hospital pesakit semakin ramai dan memandangkan kawasan berdekatan turut menjadi sasaran tentera Israel.

Keadaan bertambah rumit apabila bekalan kuasa elektrik diputuskan.

Kira-kira 250 pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Doktor berkata empat bilik pembedahan hospital itu penuh, dan pasukan pakar bedah telah menambah baik ruang pembedahan di koridor.

"Kami mengambil masa satu jam untuk melakukan pembedahan pada satu masa kerana kami tidak tahu bila kami akan menerima pesakit," kata pakar bedah Mohammed al-Run.

Sementara itu, Dr Moaeen al-Masry berkata kerosakan beberapa unit hospital itu akibat serangan Israel pada Isnin telah menjejaskan kabel kuasanya, sambil menambah bahawa bahan api yang digunakan untuk penjana kuasa semakin kehabisan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE