fb fb fb fb fb

Dua polis berkawal di depan pejabat Presiden Korea cedera ditikam lelaki amuk

SEOUL, 31 Oktober- Pihak berkuasa Korea Selatan pada Selasa menahan seorang lelaki yang dipercayai menikam dua pegawai polis di luar pejabat presiden di ibu negara, Seoul, kata polis bandar raya itu.

Seorang pegawai ditikam di perut dan seorang lagi di lengan kiri pada pukul 1.20 tengah hari selepas mereka cuba menundukkan seorang lelaki berusia 70-an yang mengamuk di hadapan perkarangan, pejabat presiden, lapor agensi berita Yonhap.

Kedua-dua pegawai itu sedang dirawat di hospital, katanya.

Agensi Polis Metropolitan Seoul mengesahkan kejadian itu tetapi tidak memberikan sebarang butiran atau mengulas mengenai motif yang disyaki untuk serangan di luar perkarangan tempat kementerian pertahanan juga berada.

SBS News menyiarkan rakaman seorang lelaki ditahan, dengan pisau kelihatan di atas tanah.

Presiden Yoon Suk Yeol memindahkan pejabat presiden ke daerah Yongsan Seoul, tahun lalu dari Blue House yang telah berfungsi sebagai kediaman presiden sejak 1948.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE