fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza terputus komunikasi sekali lagi

Tangkap layar kenyataan Paltel menerusi laman sosial X

BAITULMAQDDIS, 1 November- Rangkaian internet dan telefon dilapor terputus di seluruh Gaza hari ini yang merupakan kejadian kedua di wilayah dilanda perang itu dalam masa kurang seminggu.

"Kepada penduduk di negara tercinta kami, dukacita diumumkan bahawa komunikasi dan perkhidmatan internet telah terputus sepenuhnya di Gaza.

"Semoga Allah melindungi anda dan negara kita," menurut Syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel) di X.

Wartawan agensi berita antarabangsa AFP yang berada di Gaza mengesahkan situasi itu sambil menambah telefonnya masih mempunyai isyarat kerana menggunakan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) antarabangsa.

Difahamkan juga hanya talian telefon Israel atau Mesir masih boleh menggunakan telefon bimbit mereka di bandar sempadan Rafah.

Dalam kejadian sebelum ini, penyedia telekomunikasi Palestin, Jawwal mengecam pengeboman bertubi-tubi oleh Israel sebagai punca pemadaman terbabit.

Kumpulan pejuang Hamas turut menyelar ia tindakan yang sengaja dilakukan zionis untuk "melakukan pembunuhan beramai-ramai" di Semenanjung Gaza. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN:
Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza lumpuh sepenuhnya tutup kekejaman berterusan Israel

SITI AISHAH BINTI MD ISA