RAMALLAH, Rabu, 1 November 2023- Sekurang-kurangnya 8720 rakyat Palestin terkorban dan lebih 22,000 orang cedera.
Memetik laporan Agensi Berita Palestin WAFA, Kementerian Kesihatan berkata 73 peratus daripadanya adalah kanak-kanak, wanita dan warga tua, menjadi mangsa kekejaman sejak rejim zionis melancarkan serangan ke atas Gaza.
Angka tersebut, direkodkan setakat 9:00 pagi waktu tempatan.
Kementerian Kesihatan berkata 130 rakyat Palestin terbunuh dan 2100 orang cedera dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Sementara itu, sebanyak 177,781 unit kediaman turut musnah dalam tempoh yang sama dan lebih 270 serangan ke atas fasiliti kesihatan direkodkan.